peRasAaN

Sunday, October 10, 2010

Assalamualaikum

Manusia ada pelbagai ragam. Tapi setiap manusia mempunyai satu hati dan perasaan. Ada ke manusia yang tidak mempunyai hati dan perasaan? Jawapan kepada soalan ini tidak. Tetapi kenapa manusia sering mempersoalkan soal hati dan perasaan? Aku pun ada perasaan jugak, tapi korang tak pernah ke fikir yang aku ni orang yang mempunyai ragam yang pelik? Yes. Maklum la lelaki, tetapi kuat merajok, cepat tersentuh, mudah menangis. Mesti korang akan ingat aku ni mempunyai hati perempuan. HAK TUIH! CB la korang. Aku macam nak menjerit je sekuat hati aku. Kalau lah bunuh diri tu tidak haram dan diharuskan, dah lama aku bunuh diri. Tau kenapa? aku bukan dah serik hidup, tapi aku dah serik dikate orang, diumpat orang. Hina sangat ke aku ni? Ape korang dah perfect sangat? baik sangat sampai nak mengata orang? WEH! cermin la diri korang dulu baru mengata orang. Kalau tak puas hati, boleh je direct dengan aku, tak payah nak tulis kat status fb semua tuh. Ingat korang tak tau status tu untuk aku? YES. memang aku cepat perasan. Dah lama aku sabar dengan perangai korang. Perlu ke cerita keburukan aku kat orang lain? Apa aku buat sampai korang nak cerita kat semua orang macam tu sekali? Korang macam tak pernah buat jahat kan. Aku seorang manusia yang lemah yang sentiasa membuat kesalahan sama ada nampak atau tidak. Janganlah korang judge aku kalau korang xbetol2 kenal aku. Hanya orang yang mengenal aku sahaja yang tau macam mana aku.

Aku tau, aku tak layak kot jadi kawan korang.

Mungkin saja aku tak berkesempatan lagi untuk mengungkap kata maaf buatmu, dan cuma di kesempatan ini yang ada...

Namun,
Jika matamu masih berat untuk memandangku, ringankanlah kakimu itu untuk melangkah pergi dariku, jika bibirmu terpaksa mengukir senyuman buatku, relakanlah wajahmu itu berpaling segera dariku, jika sukar untuk kau melupakan semua salahku terhadapmu, senangkanlah lidahmu itu untuk menghinaku.

Pesanku sahabat,

" Sahabat, jagalah nama baikku. Sesungguhnya aku jika aku sudah tiada berdaya lagi menjaga nama baikku nanti, aku hanya mengaharapkan budimu sahabat."

" Jagalah tingkah laku sopanmu, jagalah solatmu, jagalah ibadatmu, jagalah auratmu sesungguhnya."

Ingatlah kata-kataku ini,

" Sesungguhnya, aku mencintai sahabat sepertimu sepertimana aku mencintai nyawaku, dan aku akan selalu menyanyangi persahabatan ini tidak kita aku masih bernafas ataupun tidak bernyawa lagi. Andainya itu terjadi, maafkanlah aku atas dosa-dosaku padamu selama ini."

" Himpunkalah senda tawa kita, andainya engkau kerinduan, itulah jadi penawarnya. Dan kupohon, ingatlah aku di hatimu selagi terasa ia bererti buatmu."

" Semoga Allah S.W.T menjagamu di sepanjang persahabatan kita, di sepanjang perjalananmu tika aku telah tiada nanti. Sungguh, ku menyanyangimu wahai sahabat..."

MAAFKAN AKU. ITU SAHAJA YANG MAMPU AKU KATAKAN

0 comments: