sOaL jaWaB aGamA

Tuesday, June 15, 2010

Tidak HALAL atau HARAM bagi seseorang muslim memperolokkan saudaranya atau menjadikan orang sebagai objek permainan, lawak, dan sebagainya. Sebab dalam hal ini terdapat unsur kesombongan yang tersembunyi dan penghinaan terhadap orang lain, serta menunjukkan kebodohan diri tentang neraca kebajikan ALLAH. ALLAH berfirman: "Wahai orang-orang yang beriman, jangan anda sesuatu kaum memperolokkan kaum lain, sebab barangkali mereka yang diperolokkan itu lebih baik daripada kaum yang memperolokkan; dan jangan pula perempuan memperolokkan perempuan yang lain, sebab barangkali mereka itu lebih baik daripada yang mempeolokkan." (AL-Hujurat :11) Yang dimaksudkan baik di dalam ayat tersebut ialah iman, ikhlas dan mempunyai hubungan yang baik dengan ALLAH, bukan dinilai dari segi paras rupa, pangkat, atau kekeyaan. Ayat di atas juga menyeru kepada orang-orang yang beriman. Oleh itu adakah kita merasakan bahawa tuhan telah memerintah kita supaya meninggalkan perbuatan tersebut?? Adakah kita terpanggil dengan seruan tersebut?? Adakah kita tergolong daripada orang-orang yang beriman?? JAWAPANNYA ADA DI DALAM HATI ANDA.....

SahAbaT SejAti

Monday, June 14, 2010

Pada zaman Rasullullah... ada dua orang sahabat baik yang bekerja sebagai pegembala kambing... pada suatu hari, sahabatnya yang pertama bertanya kepada sahabatnya yang ke dua.. "Apakah benar engkau sahabatku yang sebenar benar sahabat?? Maka sahabatnya yang kedua menjawab "Bukan kah kita telah bersama semenjak masih kecil... dan membesar bersama-sama?? Aku tidak pernah mengkhianati dirimu... Apa lagi yang mampu aku jadikan bukti bahawa aku sebenar-benar sahabatmu?? Sahabat yang pertama tadi membentak "Sesungguhnya kamulah menusia yang paling pendusta" Sahabatnya yang kedua tadi kehairanan dan bertanya apakah kesalahannya sehingga sahabatnya itu melayannya seperti itu. Sahabatnya yang pertama tadi menjawab "Pulanglah kamu kerumah, carilah jawapannya, dan esok datanglah engkau berjumpaku". Sehari harian, sahabat kedua tadi mencari punca dia diramah oleh sahabatnya, sedangkan sahabatnya itu tidak pernah berkelakuan seperti itu sebelum ini. Keesokan harinya, pergilah dia bartemu dengan sahabatnya itu, wahai sahabat puas sudah aku mencari jawapan untuk soalanmu, tapi tidak juga ku ketemui.. "Katanya sambil menangis" katakanlah sahabatku apakah kesalahanku?? Sahabat yang pertama merenung wajah sahabat yang kedua. "Pernahkah mengigatkan aku supaya mengucapkan dua kali masyahadah, atau berselawat keatas junjungan ketika kita berehat dari lelah bekerja dan bersembang kosong?? Sahabatnya menggeleng. "Pernahkah kau mengigatkan aku supaya segera solat setiap kali azan dikumandangkan?? Sahabatnya menggeleng kepala. "Pernahkah kau menasihatkan aku supaya berpuasa setiap hari pada bulan Ramadhan?? Sahabatnya menggeleng lagi. "Pernah juga kah kau mengigatkanku mengenai tanggungjawab ku supaya berzakat?? Sahabatnya menggeleng lagi seraya menangis. Namun sahabatnya pertama tadi meneruskan soalanya, dan soalan aku yang terakhir , pernahkah kau mengajak aku menunaikan haji setiap kali kita dikurniakan lebih rezeki?? Sahabatnya yang kedua mendiamkan diri sambil menangis. "Tidak pernah bukan??" Maka tidak layaklah enkau bergelar sahabt padaku. Engkau tidak pernah membantu aku untuk aku melarikan diri daripada neraka jahanam. Pergilah kau... Mulai hari ini kita bukan sahabat lagi!!..

MORAL:
Pernahkah kita melihat didalam diri kita??
Layakkah kita digelar seorang sahabat??
dan pandanglah teman yang sering kehulur-hilir bersama kita...
Layakkah dia menjadi sahabat kita???
Renungkanlah sendiri dengan hati, bukan dengan membuta tuli..
Perbaikilah diri, mungkin suatu hari nanti kita layak digelar SAHABAT SEJATI dan HAKIKI insyaAllah..

mEndiDik DiRi mEngHorMaTi oRanG LaiN

Menghormati orang lain adalah inti nilai hidup yang dapat membentuk dunia yang aman dan damai, jauh dari peperangan dan kebecian. Menghormati orang lain adalah karakter yang perlu dikebangkan kepada diri kita. Namun menjadi ersoalannya, bila kita harus mula megembangkan karakter tesebut dan bagaimana cara memperkembagkannya. Mai kita renungkan sejenak, apakah yang akan berlaku sekiranya di antara mausia tidak ada karakter saling hormat-menghormati?? Ayuh sorot sejenak sirah, baimana berkembangnya nur islam di saat jahiiah masih belum sirna dala kehidupan kaum quraisy ketika itu. Rasulullah S.A.W dengan akhlak yang mulia, antaranya ialah lunak berbicara dan menghormati orang lain alaupun ketika ituindividu tersebut masih belum beriman kepada ALLAH S.W.T. Namun sirah telah membuktikan, lantaran kemuliaan akhlak baginda itu, menarik ramai di kalangankaum kafir quraisy masuk Islam dan membenarkan ajaran baginda. SUBAHANALLAH!!!

Hakikatnya, karakter manusia tidak hanya dilahirkan, namun dikembangkan. karakter dikembangkan melalui proses pengenalan "nilai hidup" dan budaya melalui tiga elemen utama, iaitu Keluarga, Pendidikan dan Masyarakat. Ketiga-tiga elemen inilah yang akan bertanggungjawab dalam pembentukan karaktergenerasi suatu masa. Terdapat beberapa karakter yang penting di dalam kehidupan kita iaitu Tanggungjawab, Kejujuran, Menghormati orang lain, Berlaku adil, Kerjasama dan Toleransi. Bagi bangsa Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama, maka karakter "menghormati orang lain" adalah sangat penting. Karakter "menghormati orang lain" perlu untuk dimiliki sebagai dasar perilaku dan sikap hidup bangsa Malaysia amnya, dan warga SMIH khususnya...

SahAbaT

Dalam dunia ini kita tidak punya sesiapa kecuali diri sendiri. Tetapi dalam kita bersendirian, kita beruntung kerana mempunyai seorang sahabat yang memahami kita. Sebagaimana kita mengharapkan keiklasan dan kejujuran seorang sahabat, begitu jua dia. Tetapi kita sering lupa akan hal itu. Cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita. Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya Kita tidak memberikan dia peluang untuk menerangkan keadaannya. Bagi kita, itu alasannya untuk menutupkesilapan dan membela diri. Kita juga pernah membiarakan dia ternanti-nanti kerana kita juga ada janji yang tidak ditepati. Kita beri beribu alasan memaksa dia menarima alasan kita. Waktu itu terfikirkah kita tentang perasaannya?? Seperti kita, dia juga tahu rasa kecewa. Tetapi kita sering terlupa. Untungnya mempunyai seorang sahabat yang sentiasa memahami, yang selalu berada disisi pada waktu kita memerlukannya. Dia mendengar luaran masalah kita, segala rasa kecewa dan ketakutan. Harapan dan impian juga kita luahkan.. Dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah. Selalunya kita terlalu asyik manceritakan tentang diri kita hingga kadang-adang kita terlupa sahabat kita juga ada cerita yang ingin dikongsi bersama kita.

Prnahkah kita memberi dia peluang untuk menceritakan tentang rasa bimbangnya,rasa takutnya??
Pernahkah kita menenagkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan kita??
Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita gembiranya??

Ambilah masa untuk memahami hati dan perasaan sahabat kerana dia juga seorang manusia. Dia juga ada rasa takut, sedih dan kecewa. Dia juga ada kelemahan dan memerlukan seorang sahabat sebagai kekuata. Jadilah kita sahabat itu. Kita selalu melihat dia ketawa, tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangkakan. Di sebalik seyumannya mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan. Di sebalik kesenangannya mungkin tersimpan seribu kekalutan. Kita tidak tahu. Tetapi jika kita cuba jadi sahabat sapertinya, mungkin kita akan tahu.