SahAbaT

Monday, June 14, 2010

Dalam dunia ini kita tidak punya sesiapa kecuali diri sendiri. Tetapi dalam kita bersendirian, kita beruntung kerana mempunyai seorang sahabat yang memahami kita. Sebagaimana kita mengharapkan keiklasan dan kejujuran seorang sahabat, begitu jua dia. Tetapi kita sering lupa akan hal itu. Cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita. Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya Kita tidak memberikan dia peluang untuk menerangkan keadaannya. Bagi kita, itu alasannya untuk menutupkesilapan dan membela diri. Kita juga pernah membiarakan dia ternanti-nanti kerana kita juga ada janji yang tidak ditepati. Kita beri beribu alasan memaksa dia menarima alasan kita. Waktu itu terfikirkah kita tentang perasaannya?? Seperti kita, dia juga tahu rasa kecewa. Tetapi kita sering terlupa. Untungnya mempunyai seorang sahabat yang sentiasa memahami, yang selalu berada disisi pada waktu kita memerlukannya. Dia mendengar luaran masalah kita, segala rasa kecewa dan ketakutan. Harapan dan impian juga kita luahkan.. Dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah. Selalunya kita terlalu asyik manceritakan tentang diri kita hingga kadang-adang kita terlupa sahabat kita juga ada cerita yang ingin dikongsi bersama kita.

Prnahkah kita memberi dia peluang untuk menceritakan tentang rasa bimbangnya,rasa takutnya??
Pernahkah kita menenagkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan kita??
Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita gembiranya??

Ambilah masa untuk memahami hati dan perasaan sahabat kerana dia juga seorang manusia. Dia juga ada rasa takut, sedih dan kecewa. Dia juga ada kelemahan dan memerlukan seorang sahabat sebagai kekuata. Jadilah kita sahabat itu. Kita selalu melihat dia ketawa, tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangkakan. Di sebalik seyumannya mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan. Di sebalik kesenangannya mungkin tersimpan seribu kekalutan. Kita tidak tahu. Tetapi jika kita cuba jadi sahabat sapertinya, mungkin kita akan tahu.

1 comments:

nik atirah said...
This comment has been removed by the author.