SahAbaT SejAti

Monday, June 14, 2010

Pada zaman Rasullullah... ada dua orang sahabat baik yang bekerja sebagai pegembala kambing... pada suatu hari, sahabatnya yang pertama bertanya kepada sahabatnya yang ke dua.. "Apakah benar engkau sahabatku yang sebenar benar sahabat?? Maka sahabatnya yang kedua menjawab "Bukan kah kita telah bersama semenjak masih kecil... dan membesar bersama-sama?? Aku tidak pernah mengkhianati dirimu... Apa lagi yang mampu aku jadikan bukti bahawa aku sebenar-benar sahabatmu?? Sahabat yang pertama tadi membentak "Sesungguhnya kamulah menusia yang paling pendusta" Sahabatnya yang kedua tadi kehairanan dan bertanya apakah kesalahannya sehingga sahabatnya itu melayannya seperti itu. Sahabatnya yang pertama tadi menjawab "Pulanglah kamu kerumah, carilah jawapannya, dan esok datanglah engkau berjumpaku". Sehari harian, sahabat kedua tadi mencari punca dia diramah oleh sahabatnya, sedangkan sahabatnya itu tidak pernah berkelakuan seperti itu sebelum ini. Keesokan harinya, pergilah dia bartemu dengan sahabatnya itu, wahai sahabat puas sudah aku mencari jawapan untuk soalanmu, tapi tidak juga ku ketemui.. "Katanya sambil menangis" katakanlah sahabatku apakah kesalahanku?? Sahabat yang pertama merenung wajah sahabat yang kedua. "Pernahkah mengigatkan aku supaya mengucapkan dua kali masyahadah, atau berselawat keatas junjungan ketika kita berehat dari lelah bekerja dan bersembang kosong?? Sahabatnya menggeleng. "Pernahkah kau mengigatkan aku supaya segera solat setiap kali azan dikumandangkan?? Sahabatnya menggeleng kepala. "Pernahkah kau menasihatkan aku supaya berpuasa setiap hari pada bulan Ramadhan?? Sahabatnya menggeleng lagi. "Pernah juga kah kau mengigatkanku mengenai tanggungjawab ku supaya berzakat?? Sahabatnya menggeleng lagi seraya menangis. Namun sahabatnya pertama tadi meneruskan soalanya, dan soalan aku yang terakhir , pernahkah kau mengajak aku menunaikan haji setiap kali kita dikurniakan lebih rezeki?? Sahabatnya yang kedua mendiamkan diri sambil menangis. "Tidak pernah bukan??" Maka tidak layaklah enkau bergelar sahabt padaku. Engkau tidak pernah membantu aku untuk aku melarikan diri daripada neraka jahanam. Pergilah kau... Mulai hari ini kita bukan sahabat lagi!!..

MORAL:
Pernahkah kita melihat didalam diri kita??
Layakkah kita digelar seorang sahabat??
dan pandanglah teman yang sering kehulur-hilir bersama kita...
Layakkah dia menjadi sahabat kita???
Renungkanlah sendiri dengan hati, bukan dengan membuta tuli..
Perbaikilah diri, mungkin suatu hari nanti kita layak digelar SAHABAT SEJATI dan HAKIKI insyaAllah..

0 comments: