
Masih ingat lagu “That’s what friends are for” yang sering dinyanyikan oleh Rod Stewart?
Itu adalah sebuah lagu yang sangat menginspirasi pertemanan dalam segala macam cuaca dan kondisi. Keindahan persahabatan kadang bukan untuk mencapai suatu tujuan meskipun tujuan persahabatan diperlukan untuk mengarahkan suatu proses persahabatan, namun yang lebih menjadi terasa indah adalah ketika kita berada dalam proses persahabatan itu...
ana merupakan seorang hamba yg biasa dan serdahana sama seperti mereka yg berada di luar sana, and selalu mengharapkan untuk ingin mendapatkn sahabat yang faham akan perasaan ana and selalu membuatkn ana HAPPY... tapi mmg susahkan..? and mmg susah juga kalo nak cari sahabat yg mambawa kita ke jalan ALLAH ek... and walawbagaimanapun ana mmg BERSYUKUR kerana ana mmg sudah berjumpa dengan sahabat2 yg selalu membuatkan ana happy, faham akan perasaan ana dan juga membawa ana ke jalan ILAHI... tp ade juga sahabat yg mmg sensitif dlm beberape perkara an.. jd kita haruslah memehami mereka dan jage akan perasaan meraka sbb semua org x PERFECT betul x...? ade yg mudah mengambil hati dan ade juga yg mmg selalu berfikiran terbuka kerana ingin membuatkan sahabat mereka itu ceria selalu and dia x kisah kalo dia dikutuk sekalipun.. ^_^ (mmg best an kalo dpt mcm itu..) sampai disini sahaje la yg ana mampu untuk mengisi post yg baru ini and bagi penutup bicare ana nk mintak maaf kalo ade sahabat2 ana yg simpan perasaan dlm pergaduhan.. mmg normal kalo didalam persahabatan itu ade pergadohan seperti adik beradik juga kan.. jadi kita haruslah selalu berfikiran terbuka dan jage akan perasaan sahabat2 kita ini sebelum kita akan menyesal sebab EGO kita sendiri... and thx kepada sahabat2 ana kerana membuatkan ana CERIA selalu dan sentiase mengigati ana untuk tidak terlupa kepada PENCIPTA ana sendiri... ^_^
.: ukHuwAh fillAh aBadAn AbaDan:.
Wednesday, December 1, 2010
Posted by
.:miR:.
at
12:11 AM
0
comments
!!..sPm..!!
Monday, November 29, 2010

ASSALAMUALAIKUM post ini khas untuk sumua abg2 dan juga akq2 SEKOLAH MENENGAH ISLAM HIDAYAH, BATCH 12 yg menduduki exam penentuan mase dapan korang iaitu (SPM 2010) ana harap korg sumua dapat menjawab soalan2 yg diberikan dengan tenang k... and jgn gopoh gapah apabila menjawabye... jawab tu biarlah dengan tenang dan teliti.. kemudiannye ana harap korg semua dapat mencapai target korg iaitu 2.22 an..an..hehe.. and yang paling penting skali JANGAN SESEKALI LUPA ANTARA HUBUNGAN KITA SENDIRI DENGAN ALLAH K... lakukan sesuatu perkare itu keranaye (ALLAH) INSYA'ALLAH akan dpermudahkan untuk menjawab soalan2 yg d'berikn.. ^_^ Jangan risau, antum boleh buat. Walaupun tak boleh score every each, DO YOUR BEST!! ALL OUT!!TWELFTH GENERATION GEMPAK..!!! ^_^
Posted by
.:miR:.
at
1:20 AM
0
comments
:: sHare pEngAtaHuAn ::
Sunday, November 28, 2010
Hari berganti hari.Keadaanku semakin tenat...
Tubuhku sejuk terkaku seperti mayat di atas katil di salah sebuah hospital yang aku sendiri tidak tahu.yang aku ingat aku sedang memandu kereta ayah,lalu bertembung dengan sebuah lori.Dan darahku membasahi jalan..

Tapi selepas itu aku tidak ingat apa-apa.Pandanganku kabur.Tidak dapat ku pastikan siapa orang-orang yang berada di sekelilingku.Aku terasa dada ku teramat berat sesak menghimpit dan bahagian pinggangku sudah tidak berasa apa-apa lagi.
Tiba-tiba tanganku di pegang kuat.
"Mengucap sayang,,mengucap........Asyhaduallailahaillallah.. ......." ucapan itu dibisikkan ke telingaku di sertai dengan tangisan.
Itu suara ibu.manusia yang pernah mendodoikan daku semasa kecil,manusia yang pernah menyuapkan nasi ke dalam mulutku,manusia yang pernah memberi susunya serta yang pernah merotanku kerana degil.
"Bagaimana dengan keadaannya doktor?" Aku amati suara itu.Pasti itu suara abang.
"Tenat",jawab doktor dengan ringkas.
"Itu kata doktor bang,jangan berserah kepada takdir sahaja.Kita perlu usaha".
Sudah seminggu aku terlantar di wad ini,kenapa baru sekarang abang menjengah? datang lah ke sini,aku ingin berbicara denganmu. datanglah.....
Abang!! Bukakan mataku!!
Tapi mataku.......semakin gelap.Adakah aku sudah buta? Tidak!!!!Aku tidak mahu buta.Aku masih ingin melihat dunia ini. "Sabarlah dik,banyak-banyak ingatkan Allah."Abangkah yang bersuara tu? Apa yang aku tanggung ini tidak semudah yang kau lafazkan,abang.Tolonglah adikmu ini.Tolong bukakan mataku.
"Tekanan darahnya amat rendah". sayup sayup kedengaran suara doktor.
Kedengaran juga ibu menangis teresak-esak.Ibu,kau hanya mampu menangis saja.dan bila tiba saatnya,kita akan berpisah.Tapi,ibu.....aku tidak mahu berpisah denganmu.Tolonglah ibu,selamatkan lah daku.
...
"Yassin.......".
Bacaan yassin terngiyang-ngiyang di telingaku.Aku tahu itu suara abang.Tetapi kenapa aku di perdengarkan dengan suara itu???
Apakah aku sudah menghampiri maut???????Aku takut!!!!!!!
Sedetik lagi sakaratul maut akan menjemputku! Sedetik lagi izrail datang. Sedetik lagi malaikat maut datang.
Aku di ambang sakaratul maut...... Aku semakin tegang dan semakin sendat nafas di dada.Ketika itu,aku tidak ingat apa-apa lagi.Aku tidak kenal sesiapa di sekelilingku.Tapi yang pastinya sekarang, aku berdepan dengan sakaratul maut.
"Tolong ibu,tolonglah aku, aku takut".Tapi rintihan ku tidak di pedulikan.Apa mereka semua sudah pekak? Aku di lambung resah,gelisah dan penuh kesah.
"Panas,dahaga,haus,panas........".tapi tiada siapa pun yang peduli.Nenekku datang,"Nenek............".
"Kau dahaga cu,kau lapar cu,mahu air??Ini gelas penuh air madu,kalau cucu mahu masuk syurga,minum air ini".
"Ibu......". Ibuku datang, Ibu menggoyangkan buah susunya.
" Ini ibumu.Air susu ini membesarkanmu, nak.Buangkan islam, matilah dalam agama yahudi.....". 
''Ayah.......kau datang ayah......."."Matilah dalam agama yahudi anakku.matilah dalam agama nasrani Itulah agama yang membantu kau masuk ke syurga".
"Nenek....ibu.....ayah.......suara kau kah tadi??Kenapa kau berubahlaku??Atau suara syaitan yang ingin memurtadkan aku??
"Mengucap sayang,mengucap.Asyhaduallailahaillallah.......". Ucapan itu diajukan sekali lagi ke telingaku.Itu suara ibu.Tapi lidahku sudah menjadi kelu.
Manusia-manusia berjubah hitam datang."Mari ikut kami". manusia-manusia berjubah hijau datang membawa bersamanya payung hijau,katanya"Mari ikut kami".cahaya putih datang.datang hitam. Datang sinaran kuning.Cahaya merah datang ."Apa ini,apa ini?.
AKULAH SAKARATUL MAUT!!!
Jeritan yang paling menakutkan pernah aku dengar!! Allahhhhhhhhhhhhh, sakitnyaaaaa!!!
Tubuhku seakan ditarik dan gegendang telingaku pecah mengeluarkan nanah kuning pekat.
Kedinginan menjalar,merayap perlahan-lahan dari hujung kaki ke hujung rambut dan kini seluruh jasadku di selimuti sejuk.dan kemudian datanglah malaikat maut di hujung kepalaku.
"Hai jiwa yang keji,keluarlah dari kemurkaan Allah.......".Aku tersentak.Roh ku berselerak di dalam tubuhku.
Lalu,innalillahi wainnailaihi rajiuun....
Malaikat-malaikat yang menunggu sesayup mata memandang dan menghemburlah bangkai yang sebusuk-busuknya.

Tiba-tiba bau busuk menusuk ke hidungku,seperti bau sampah yang amat busuk. "Apa yang busuk ni?Tak adakah orang yang mengangkat sampah ni?Ah,busuknya,hanyirnya,hancingnya......".
"Assalamualaikum......". "Siapa yang memberi salam itu?". "Aku". "Kau siapa wahai pemuda???". Seorang lelaki tercegat di hadapan katilku.
Aku tidak pernah melihat orang yang sehodoh,sekotor,dan sebusuknya di dunia ini.rambutnya yang tidak terurus,baju yang di pakai berlumut hijau,kuning,coklat dan entah apa-apa warna lagi,dari lubang hidung,telinganya dan mulutnya terdapat nanah dan darah pekat keluar.Tanpa di pedulikannya......jijik,loya,aku rasa........teramat loya melihatnya.
"Kau tak kenal aku?". "Tidak,jawabku tegas.Mana mungkin aku kenal kau sehodoh dan sejijik ini". "Aku sahabatmu,kau yang membuat aku hari-hari". "Bohong!".Aku menjerit sekuat hati.Biar semua penghuni wad ini mendengarnya. "Aku tak kenal engkau!Lebih baik kau pergi dari sini". "Akulah amalanmu yang keji..........".
Aku terdiam.Aku tidak mampu berkata apa-apa teringat kini,semuanya telah pernah ku dengar dan ku pelajari dulu.Segala dosa dan keburukan yang kita lakukan di dunia,akan di jelmakan dalam sebagai suatu makhluk yang teramat hodoh di hadapan kita di alam barzakh nanti. Oh!Tuhan,aku banyak dosa.Aku memang lalai,cuai dan lupa dengan segala nikmat yang telah kau kurniakan.Solatku kerana kawan,dan bukannya ikhlas kerana Allah.Pergaulanku bebas,tak kenal muhrim ataupun tidak.tapi itu semua telah berlalu dan dan sudah terlambat untuk bertaubat..Apa yang aku harus lakukan!!!!! Surah yassin yang abang pegang di letakkan di atas dahiku.Aku melihat kaklong dan kak ngah menangis.Aku juga lihat mata abah bengkak. Tiba-tiba badanku di sirami air.Air apa ini?????
"Tolong....sejuk!!!!Kenapa air ini berbau air kapur barus.Tolong jangan tekan perutku dengan kuat,sakit!!!!Kenapa ramai orang melihat aku???Aku malu......malu.....malu......!!!!!!".
Aku di usung ke suatu ruang.Aku lihat kain putih dibentangkan.Lalu diletakkannya aku di atas kain putih itu.kapas di bubuh di celah-celah badanku.Lalu aku di bungkus satu demi satu dengan kain itu. "Nanti,tunggu!!jangan bungkus aku.Kenapa kalian semua buat aku macam ini?Tolong rimas....panas........".
Kemudian aku di letakkan di suatu sudut.Beberapa orang termasuk tok imam menyembahyangkanku.Kelihatan ayah dan abang berada di saf yang pertama.Tapi kenapa aku di sembahyangkan?
Bukan kah aku boleh sembahyang sendiri? Aku teringat kata-kata ustazku dahulu. "Sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangkan". Dan kini baru aku sedar aku sudah tidak mampu lagi untuk mengangkat takbir,ruku',sujud dan tahiyyat. Aku di angkat perlahan-lahan kemudian di letakkan di dalam kotak kayu.
Kotak apa ini?"Aku di usung oleh enam orang termasuk ayah dan abang.Aku diusung setapak demi setapak". "Al-Fatihah!"Kedengaran suara tok imam.Kelihatan ibu,kak long,kak ngah dan lain-lain mengekori di belakang.tapi kemana dia bawanya aku?". Nun jauh di sana ,kelihatan tanah perkuburan kampungku. "Ke situkah aku dibawanya?Tolong turunkan aku,aku takut!!!!!!". Setibanya di tanah perkuburan,kelihatan satu liang yang bersaiz dengan jasadku.Beberapa tangan memegangku,dan aku di turunkan ke dalam liang itu. "Perlahan-lahan",aku terdengar suara tok imam memberitahu."Tolong keluarkan aku dari sini!Aku seram!!!".Kini aku berada di dalam liang kedalam enam kaki.Sedikit demi sedikit pasir dan tanah menutupiku.
"Tanah apa ini?". "Aduh sakitnya badanku di timbusi tanah".
"Innalillahiwa innailaihi rajiuuun.......Dari Allah kita datang,dan kepada Allah jualah kita kembali". Kedengaran bacaan talkin dari tok imam."Sesungguhnya mati itu benar alam barzakh itu benar,siratul mustaqim itu benar,syurga dan neraka itu jua benar........".Sayup sayap aku terdengar tok imam terus membaca talkin,tetapi makin lama makin hilang.Pandanganku makin ,makin kabur dan terus tidak kelihatan.Tubuhku terasa telah di timbusi sedikit demi sedikit pasir dan tanah yang di lemparkan ke atasku.Terasa semakin gelap dan ......aku kini keseorangan.

"Nanti!Nanti!Tolong!Tolong ayah,ibu!Jangan tinggalkan aku seorang.Aku takut!!!Gelap!!!Panas!!!Tolong!!!!
Posted by
.:miR:.
at
6:22 PM
0
comments
:: peNgiSiaN mAse seWaKtu CuTi sEkoLaH ::

Sesetengah pelajar2 yg apabila mndapat cuti yang yg panjang seperti di akahir tahun ini mereka akan menghabiskan sumua hari2 mereka dengan perkara yg tidak berfaedah misalnyer bermain FB 24 jam, menghabiskan duit parents dan lain2 lg.... seelok-eloknye cara yg terbaik utk tidak membuang mase dalam percutian sekolah yg lame ini ialah cuba cari perluang untuk berkerja... dengan bekerja aq rase itu adalah cara yg terbaik untuk mengumpul duit, mencari pengalaman baru dan juga tidak membuang mase sewaktu cuti sekolah... dengan bekerja juga kita dapat mengetahui serba sedikit tentang selok-belok dalam perniagaan betol x... 
Posted by
.:miR:.
at
6:00 PM
0
comments
.: KisAh dIanTaRa aQ dAn eNgKau :.

This is belong 2 my best frien ZAHIER, yg menyambut ulang tahunnye yg ke 16, sweet sangat pade mase ini... semase hari lahirnye telah tiba beliau telah menyambut dengan keluargenye yg tercinta... dan pade mse itu juge lah beliau telah membantu aq dalam permasaalahan aq yg tlh aq hadapi ini, dan tidak boleh aq menampung seorang diri, tetapi beliau telah membantu manaikkn semangat aq untuk terus maju TERMIMA KASIH dik... kenape aq panggil dye adk kerane aq lebih tua dri dye..hehehe.. tp mslhnye dye lg matang dari aq (apekah?)... ok back to story pada keesokkn harinye iaitu 13 november 2010 usrah diantare USTAZ EZAIDDIN dan juga usrah USTAZAH ZANARIA telah mengadekn jamuan mkn bersame... bg memeriahkn lg jamuan aq dan juga sahabat2 aq, juga tidak lupa kepada USTAZAH MAWADDAH ingin mengadakan BIRTHDAY PARTY skali for him... sememangye seronok kami semua menyambutnye terdapat pelbagai aneka ragam yg disediakan oleh IRSYAD and THE GANG nye.. hehe... pepepon pada mse itu zahier telah mendapat 2 kek... 1 kek dari IRSYAD and tu untuk makn, and lg 1 kek from USTAZAH MAWA khas untuk main colet2 kt muke org...haha makann yg disediakan di sana sememangnye sedap2 terase mcm nk ke sane lg plk..(eRk).. kemudiannye kami (THE GANG) membawa zahier pergi ke satu tempat yg gelap dan sunyi sepi yg dimana kami ingin mengenakan beliau dengan membaling belon air kepadanye (itu merupakan idea gila si ICAD).. ahaha opsss kantoi... hehe.. pada mase itu smemangye x dpt nk bygkn betapa skitnye zahier kene blg dgn belon air.. tp dye x kisah kerana dia rase sangat seronok kerana kawan2 nyer mengigati hari lakhir nyer dan menyambutnya bersama.. tiba di tempat mkn semula si zahier ini ingin membalas dendam dgan kami (THE GANG) haha... ade ke patot dye amik cream kek p colet kt muke org.. erk mmg x patot... tapi ade kami KESAH ahahah.. dan akhirnye si zahier ini yg bagi kami hadia bkn nyer kami yg bg dye hadiah ade ke pelik and hadiahnyer ialah marshmallow ahaha thx zahier sweet sangat... and kiteorg mintak maaf if ade salah silap dengan hang k...
p/s: hang tu da gerdek (besau) da x ley nk mamain lagi k aq bole ahaha... and jgn kuat sangat membebel tu ok..!!
Posted by
.:miR:.
at
9:59 AM
0
comments
jEjLan mEnnTon wAyaNg dAn bErmAin BoWlinG

hari yang sangat penat dan letih kerana melayan karenah 3 org sahabat baik aq ini, yg dimana kami merancang untuk mangadakan aktiviti kami sendiri di luar iaitu bermain bowling dan juga menonton wayang.... aq dan juga zahier tiba di angsana pada jam 10 lebih gitu dan menunggu 2 org lagi sahabat yg lambat kerana mereka ade masalah dalam "bagun pagi gosok gigi cuci muke main lagi" mcm tu la lebih kurang... kemudiannye aq dan juga zahier "mok2" ini pergi sarapan pagi dahulu sementara menunggu dua anak dara yg lambat iaitu irsyad dan afiq heehee... dalam 30minit lebih kurang mereka muncul dengan tampa perasaan yg serba salah (apekah??).. kemudianye tampa membuang mase lg aq dan 3 orang sahabat aq ini terus pergi ke tinggkat 5 untuk bermain bowlng, kiteorg main bowling dalam 2 game... 
tampa segan silu kami mengadakan pertandingan yang dimana pertandingan ini terdiri daripada ajk tertinggi batch 13 dan juga orang yg ala2 biase.... dalam pertarungan itu terdapat salah seorang daripada kami berempat terjatuh sewaktu hendak baling bola lalu membuat muke x yg ade masalah (..eRk..).. dalam pertandingan itu kami bermain bowling sambil bergosip... (apekah..?)... pertandingan bermain bowling itu telah dimenangi oleh EZZAT and AFIQ and yg looser paham2 jee lar... cop sebelum tu ade seorang makhluk ALLAH ini yg x bwk duit plk (ade ke patot nk jalan x bawak duit) .. kemudiannye kami pergi memanaskan badan dengan bermain game yg berhampiran dengan tempat bowling itu... setelah puas bermain game kami terus gerak ke CS untuk membeli tikit wayang yg berharga RM11 kerana takot kehabisan tikit... apabila tiba di CS kami berpusing2 mencari lif (apekah noobnye punye org)... tiba di tinggkat yg atas aq dan juga irsyad pergi beratur mcm org x betul membeli tiket dangan selambe anooying di situ mcm wayang tu kiteorang yg punye...!! ahahaha... setelah membeli tiket, kami berempat menunaikan solat fardhu zuhor secare berjemaah..!! alhamdulillah kami ini x lupe kapeda pencipta kami sendiri.. setelah menunaikan solat fardhu aq dan juga 3 org sahabat aq pergi ke cc sekejup untuk melihat FB kami... (sememanye ketagih FB) kerana ingin menunggu wayang start.. setelah jam menunjukkan pukul 1.45 petang kami bergegas untuk kembali ke tingkat atas untuk masuk ke panggung wayang.. 
sebelum masok kami membeli minuman barkhabonat dan kene marah oleh penjual itu kerane kesengetan kami... T_T apabila tiba di dalam panggung kami mencari sit dengan anooying giler sbb x jumpe and akhirnyekami duduk di tempat yg mmg dekat giler dengan screen (erk mmg x best)... ketika menonton wayang ade seorg apek dlm lingkugan 14 tahun yg selekih tahap ape pon x tau la duduk di sebelah aq dengan selambenye meletakkan bajunye dkt atas air aq ape jadahnye si apek nie.. tp ade aq KESAH ke sbb air tu da nk abis da pon.. yg x boley bla nyer dye bole annoying giler dgn family dye, tu yg x ley bla uh... then si mok2 ney g pandang badi plk dgan dye x pasal2 plk 1 family dye tengok aq gan si mok2 nie dgn penuh perasaan, and kes si afiq plk mse tu dye p duduk bersebelahan dengan amooy yg sememangnye annoying mengalahkn pemilik wayang tuh, kemudian dengan selambenye dia bole main telifon dengan sesuka suki hati eRk yg x ley bla nyer dye mkn dekat panggung tu mcm makan dkt restoran laq hurmm.... selepas pengakhiran movie ini kami pergi ke tandas dengan selambenye nk p langgar cermin yg sebesar2 alam sbb keliru punye pasal... then aq plk boleh terkunci dekat dalam tandas erk... sume x ley bla gelak dalam tandas ingat ape, tndas skolah ke... kemudiannye kami melayan si mok2 yg nk balik awal (ko mmg x rock la beb) then lyn jee la mamat sorg ney dripada dengar bebel dye x sanggup aq.. tiba di angsana kami hanye tinggal 3 org sahaje then pe lg pelahap la dkt sedap corner... mmg best la gak sbb kiteorg tukar2 mkn (sweet x)ahahaha... kemudianye jam telah menunjukkn jam 6 petang then kami pun bersurai tampe segan silu ahaha... sebelum mengundur diri aq nk mintak maaf kalo ade tercemarkn name korg ea... hehe
Posted by
.:miR:.
at
7:01 AM
3
comments
Pahala taati Ibubapa Lebihi Jihad fi Sabilillah
Sunday, October 17, 2010
RAMAI anak yang tidak mengaku apabila dituduh menderhaka kepada ibu bapa. Namun, siapa yang dapat menafikan kebenaran ayat Allah dan hadis Rasulullah SAW yang menyimpulkan bahawa termasuk dosa besar yang kedua selepas syirik ialah apabila seseorang melupakan tanggungjawab menjaga kedua orang tua.
Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik kepada ibu bapamu dengan sebaik-baiknya, apabila salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu.” (Surah Al-Isra’ ayat 23)
Rasulullah SAW lebih jelas menegaskan mengenai dosa besar ini di dalam sabdanya yang bermaksud: Mahukah kamu aku khabarkan tentang dosa besar? Kami (sahabat menjawab: Ya, tentu wahai Rasulullah. Beliau bersabda: Ada tiga, iaitu menyekutukan Allah, derhaka kepada kedua ibu bapa dan ucapan dusta dan kesaksian dusta, Baginda mengulanginya berkali-kali sehingga kami berkata mudah-mudahan baginda diam.” (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari)
Semua anak mengaku mereka sudah memenuhi hak kedua ibu bapanya walaupun hati tak merindu, jauh sekali khuatir, sedih dan pilu mengenang keuzuran kedua orang, pemegang kunci syurga mereka di akhirat nanti. Bahkan anak dunia itu seolah-olah tidak mahukan akhirat.
Lantas mereka lalai dan lupa akibat mengejar cita-cita dunia sehingga tak tersisa sedikit pun ruang untuk ayah dan ibu di dalam hati. Hati yang sentiasa sibuk, memberi kesan pada wajah mereka yang kian suram apabila berdepan dengan ayah dan ibu. Mereka lebih rela menjadi tanda-tanda dekatnya kiamat dengan berlaku derhaka daripada harus menanggung beban hidup bersama orang tua.
Pelbagai alasan dicipta untuk menghalalkan keuzuran mereka daripada menjaga ibu bapa, tetapi di sudut hati nurani anak-anak manusia siapakah kiranya yang boleh melepaskan diri daripada kenangan kasih sayang ibu bapa ketika kecilnya.
Mereka juga berselindung di sebalik amal salih yang lain, sebahagiannya ahli tahajjud, setia membaca al-Quran, ahli masjid, istiqamah mengerjakan haji dan umrah, ahli sedekah dan puasa. Tetapi, mereka membuat hati ibu bapa menangis, jiwa mereka terdera dan impian hari tua yang indah bagi mereka hancur berkecai.
Padahal keutamaan berkhidmat kepada orang tua melebihi pahala jihad fisabilillah seperti sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: Daripada Abu Abdul Rahman Abdullah bin Mas’ud beliau berkata: “Saya bertanya kepada Nabi SAW. “Amalan apakah yang paling disukai oleh Allah SWT? Baginda bersabda: Solat pada waktunya, saya bertanya lagi: Kemudian apa lagi? Baginda bersabda: Berbuat baik kepada kedua orang tua. Saya bertanya: Kemudian apa lagi? Baginda bersabda: Berjihad di jalan Allah.” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Ironinya mereka mengejar pahala ibadat sunat tetapi yang wajib ditinggalkan. Kewajipan berkhidmat kepada ibu bapa mereka dianggap bukan ibadat melainkan hanya adat kehidupan manusia. Maka jika mereka lalai mengingati kedua-duanya, tidak ada kekesalan di dalam hati, tidak rasa berdosa dan bermaksiat kepada Allah SWT.
Sungguh penyelewengan yang tidak disedari, melainkan apabila keduanya kembali ke rahmatullah. Lalu anak-anak itu secara tabienya menjadi ibu dan bapa generasi baru. Dia merasai sakit menjaga dan mendidik anak seperti ibu bapa dulu. Akhirnya dia sedar betapa seksa diderhaka dan dibuang bagaikan al-Quran usang.
Bukan hanya ibu bapa yang terguris hati, Rasulullah SAW pun pernah menitiskan air mata mendengar pengaduan seorang lelaki tua mengenai anaknya yang menderhaka. “Wahai Rasulullah, anakku telah aku didik tetapi setelah dewasa dia menzalimiku. Lelaki itu kemudian menyatakan kesedihannya dengan untaian syair yang memilukan:
“Ketika engkau masih kecil, tangan ini yang memberimu makan.
“Engkau minum juga aku yang tuangkan. Apabila dirimu sakit, aku berjaga semalaman.
“Kerana sakitmu itu aku mengeluh kerisauan. Tetapi, di saat engkau dewasa dan mencapai tujuan.
“Kulihat pada dirimu apa yang tak ku harapkan. Kau balas aku dengan kekasaran.
“Seakan-akan nikmat dan anugerah engkau yang berikan.”
Mendengar bait-bait syair lelaki tua itu, berlinanganlah air mata Rasulullah SAW seraya bersabda yang bermaksud: Kamu dan hartamu milik ayahmu.” (Ditakhrij oleh Ibnu Majah 2357, Imam Ahmad dalam al-Musnad 6883, Ibnu Hibban dalam sahihnya 409, 4182. Al-Baihaqi dalam al-Sunan 16054)
Pelbagai takrifan diberi ulama mengenai tanda-tanda derhaka kepada orang tua seperti memutuskan hubungan dengan tidak mahu menziarahi mereka, tidak memberi nafkah, tidak memenuhi hak-hak mereka dan tidak mentaati mereka pada hal yang bukan bermaksiat kepada Allah SWT.
Sesungguhnya kasih sayang yang paling ikhlas tanpa syarat hanyalah kasih sayang ibu bapa. Anak yang salih dituntut untuk membalas jasa mereka dengan adab dan akhlak yang baik. Kadang-kadang seulas senyuman dan kata-kata yang lembut lebih berharga daripada wang ringgit serta barangan berharga.
Namun tidak dinafi juga kepentingan hadiah sebagai pengikat jiwa. Sikap mementingkan diri sehingga membiarkan ibu bapa hidup susah di sebalik kemewahan seorang anak sememangnya menunjukkan sifat tidak mengenang budi. Jika boleh dihitung berapa juta ringgit yang mesti dibayar, sudah tentu jasa ibu bapa tak akan terbayar dengan sebarang jenis mata wang pun di dunia ini.
Posted by
.:miR:.
at
12:39 AM
0
comments
